Keindahan Batu Jarum Mas Yang Begitu Menawan

Tak kunjung habis fenomena tentang batu akik yang di temukan setiap harinya dari sabang sampai marauke sibuk mencari batu asal daerahnya masing-masing untuk mencari batu khas daerahnya agar bias menggakat nama daerahnya. Bagi peminat-peminat koleksi batu cincin, batu jarum mas bukanlah suatu batu yang asing lagi bagi mereka. Bentuk batu ini yang jernih sejernih pure kristal dilengkapi dengan cakaran-cakaran emas amat memukau sesiapa yang melihatnya. Apalah lagi jika dibalut pula dengan perak yang berkilauan. Penulis ada juga menyimpan batu ini.

Batu Jarum Mas memiliki banyak jenis dan nama. Sebab quartz termasuk salah satu untur mineral yang paling banyak didapati dibagian kerak bumi. Kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs.

Bak kata ‘pemberi’ batu, batu ini akan bertambah emasnya dari semasa ke masa mengikut kesesuaian pemakainya. Apa lagi banyak emas yang tumbuh, sangat sesuailah batu tersebut dengan si pemakainya.

Nama lain bagi jenis kristal ini ialah Rutile’s in Quartz atau Venus Hair Stone. Batu ini diyakini ibarat sebagai batu yang mampu menggerakkan tenaga. Batu ini ialah sejenis Quartz yang dipenuhi jarum-jarum berwarna-warni yang ke emasan yang di sebabkan oleh mineral titanium dioksida yang bercampur dengan kristal asalnya. Jarum-jarum yang terdapat di dalamnya itu samasa berwarna kemerahan, berwarna keemasan, berwarna perak atau berwarna kehijauan (sangat jarang dijumpai).

Batu jarum mas ini diyakini dapat meningkatkan tenaga di dalam tubuh semua level cakra. Batu ini juga diyakini mampu meningkatkan fokus dalam daya pemikiran dan mentaliti semula, jadi ia juga mampu meningkatkan daya tarik terhadap cinta dan perhubungan yang stabil. Namanya, batu ini biasanya sangat efektif untuk menebalkan tenaga dan menggerakkan sesuatu. Ia mampu menjadikan cakra yang kurang aktif menjadi lebih aktif malahan lebih stabil dan seimbang.

Secara keseluruhannya, batu jarum mas sangat baik untuk mereka yang sentiasa terganggu emosinya walaupun di sebabkan perkara-perkara yang kecil. Ia mampu menghilangkan rasa takut dan sangat baik dalam membantu si pemakainya membuat keputusan yang tepat. Selain itu, ia menjadikan si pemakainya berasa tidak kesunyian dan mendorong kebahagiaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

jurnalpagi.com © 2015
Show Buttons
Hide Buttons